Mar 30, 2006

"yang buat aku tersenyum .."


Benarlah bagai dikata:

'Jika dah suka seseorang tu, semua tentangnya kita akan suka' - Buat aku ketawa, aku lah tu :)

Ah, jangan salah sangka. Aku tak bicara tentang siapa-siapa yang istimewa di hati-nanti ada pula yang kata aku berat sebelah..haha. Aku sedang berkata tentang seorang idola.

Iya, tentang seorang idola.

Dr Hm Tuah Iskandar al-Haj. Apa yang istimewa ya? Hem..serasa bercakap dengan diri sendiri bila tiap ayat dari bahan penulisannya aku baca. Angguk, geleng...senyum ^_^ Aha, segalanya benar. Segalanya aku setuju dan percaturan untuk menghabiskan duit kepada buku-bukunya takkan rugi.

Hakikat menjadi motivator: katanya diumpama bagai membantu diri sendiri. Betullah tu Dr :)

Aku katakan, aku ingin menjadi sehebat dia. Iya, menjadi seorang yang okey pada waktu yang sebenarnya tak okey.

-Menjadi hebat, saat orang lain kehilangan semangat.

-Menjadi c.0.0. l ^_^

-Melihat sesuatu dari sudut yang lain, yang membawa kepada ertikata bahagia.

Mudahkan berkata-kata? Berkata-kata memang mudah...mudah sangat :) Tapi, jenis kata-kata apakah yang akan memukau dan buat orang percaya pada kita? Yang mungkin bisa membantu menukar pesepsi? Itu pointnya :)

Buku nukilan Dr Tuah, Membina Rasa Cinta sedang aku uliti dengan senang. Iya, bagai sedang berbual di hadapan Dr Tuah layaknya, sambil aku menokok tambah segala. Seronok rasa. Idea aku bagai diterima juga. Ah, ilusi sendiri..haha - Eh, imaginasi perlu cemerlang, tak gitu Dr? :)

Sebab ide Dr Tuah bagai memukau rasa - seolah mengiyakan apa yang aku fikir :)

Mampukah aku menjadi sehebat dia?

Yang aku ada kini adalah sebagai pendorong - kerjaya fasilitator :) Itu jelasku tentang diri. Kadang, mendorong orang lain adalah wasilah untuk membantu dan mendorong diri sendiri. Bukan hipokrit untuk menunjukkan kita tak punya masalah, namun pada tiap masa..setiap masalah itulah punca kekuatan kita, tak kisahlah dari mana datangnya.

Surah Masa - "Rugilah buat orang-orang yang tak beriman, dan tak beramal soleh. Yakni jika mereka itu TIDAK berpesan tentang kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"

Uniknya ayat Tuhan. Pada tiap yang mahu teroka kalamNya, pasti akan beroleh sesuatu. Hidup sebagai Muslim..

Sedikit dari buku Dr Tuah, analogiku sendiri --> Jangan kesal jika anda tak cantik. Jika buruk pun, akan berguna juga, walaupun bernama si kain buruk. Namun bagi yang cantik, bila dah jadi buruk..ia akan dibuang terus...atau turut menjadi si kain buruk :)

"Sayang, setiap kita adalah cantik: Cantik dari pelbagai segi. Iya, pada tiap kita ada ada kelebihan memasing"

Allah tu 'adil, kan? Percayakan diri anda semua ^_^

2 comments:

space wrestler said...

hahahahaha blog kau sungguh ilmiah.mari melawat blog fun and cheer aku. hahaha.

p/s: aku tak suka hang tuah.

Anonymous said...

sapa tuan punya blog nie? asyik sungguh bila ana baca garapan nukilan anta/anti..moga berjaya jd macam dr.tuah..
ana doakan anta/anti